tatkala hati ,
merasakan indahnya kasih sayang antara kita dan dirinya.
maka jiwa akan meronta,
mencari dan terus mencari rasa cinta dan sayang daripadanya.
rajah 1: Tugasan dalam slot kembarun
Assalamualaikum, salam
sayang,
dan salam Ramadhan Al Mubarak semua.
Apa khabar semua rakan-rakan blogger?. Okay, untuk pertama kali saya menghasilkan blog sendiri. Jadi, special la sikit. So, saya nak coretkan tentang satu pengalaman terindah yang pernah saya lalui sejak dari saya lahir sampai sekarang umur 21 tahun ni, ini adalah pengalaman yang terbaik, Kenapa saya kata yang terbaik? Aip, tengokla blog pon blog yang pertama mestilah kita nak tinggalkan kenangan yang terindah. Bak kata orang “cinta pertama tu memang susah dilupakan walaupun banyak cinta lain yang kita jumpa selepas itu.” huhu…

Emm,ok la. Sekarang kita
berbalik kepada apa yang saya nak kongsikan. Sebenarnya saya nak kongsikan
tentang pengalaman saya mengikuti program yang dianjurkan oleh pensyarah
kaunseling saya. Tapi, program ni pelik sikit. kalau korang nak tahu apa yang
peliknya.. haaa.. Jom baca sampai habis..hehe…
Kalau macam saya ingat-ingat balik ni bukan first time saya ikuti program macam ni. ala bagi budak sekolah dan universiti program-program 3 hari 2 malam ini benda biasa, berkemah la, kursus la, bengkel la dan apa-apa lagi la.

Tapi, apa yang saya nak
cerita tentang program ini adalah dia macam mengubah sikit mindset kita bila
pergi program. Ala, macam tak biasa bila nak pergi kem je. Mesti kena get ready
nak focus pada bina jatidiri la, kepimpinan la, disiplin la, apa-apa la lagi. Lepastu,
mesti ramai yang rasa ngeri sebab bayangkan macamana nanti kem komander nak
jerit marah-marah kita kan. saya rasa semua orang akan fikir macam itu..
Tapikan, program ni. Tak
macam itu pun. Ianya macam menimbulkan “insight” atau ”celik akal” tu kata Carl
Rogers la.. dia macam timbulkan kesedaran dalam diri kita melalui kelembutan..
saya tak tahu nak describe macamana tapi korang pergi la dan try join dlu.. baru tahu …ahaa….
Baiklah, apa yang terjadi
pada diri saya sendiri. Saya sedar tentang “kepentingan kasih sayang”. Macam pelik
kan macamana boleh timbul kasih sayang dalam program 3hari 2 malam. So,
teruskan baca. Okay, macamana saya sedar? Okay, saya sedar pentingnya kasih
sayang. Kenapa kasih sayang? Sebab saya tengok macamana pensyarah saya sendiri
dan fasi-fasi buat slot layan kami. Saya sedar kasih sayang itu penting dalam
kehidupan kita. Betullah kata orang “duit tak mejamin segala-galanya, sebab
kasih sayang lebih berharga”. Hal ini demikian kerana saya merasakan bahawa
selama ini saya sangat rugi, terlalu rugi dan sayalah orang yang paling rugi…. Tapi, kenapa saya rasa rugi? Okay jom, tengok
bawah…
Emm… saya rasa rugi.bila saya
sedar selama ni macamana saya tunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga saya.
Mungkin dengan kawan-kawan macam senang je nak share. Tapi, dengan parent?
Siapa hari-hari dia akan kol mak ayah dia? Okay, itu mungkin ramai la yang
buatkan. tp, adakah diantara kita yang
pernah duduk face to face dengan mak
ayah kita sambil pengang tangan mereka dan cakap “ mak, adik sayang mak” atau
“ayah, adik sayang ayah”..
Sorry iklan, ni bukan tidak termasuk raya ya,, yang korang hafal skrip time beratur dari lepas subuh sampai lepas sembahyang raya nak tunggu giliran beraya tu…itu lain.. tak termasuk dalam senarai ni.. hehe ..Okay, yang lagi power. siapa yang pernah salam mak ayah dia , lepastu korang kiss mak ayah korang sampai korang rasa semuanya terlepas, rasa lega…

Kat sini, saya percaya ramai yang akan buat
semua benda itu pada mak kita kan. Tapi, kita sedar tak masa kita buat semua
itu pada mak ada mata yang memerhati.. selalunya ayah yang akan memerhati. Kita
tahu tak apa yang bermain dalam fikiran dan hati ayah kita? Tak? Pernah tak
kita terfikir, yang ayah kita berkata dalam hati “ bilalah adik ni nak cium
abah?, abah ni tak pentingka? Adik tak sayang abahka?” kita tak sedar kan yang
ayah kita akan terasa… tapi, saya sedar itulah hakikatnya. Kadang-kadang ayah
kita Nampak diam, tak ambil hati, mungkin ada yang garang. Tapi percayalah bila
kita buat benda tu… dia akan menghargai. Paling teruk pun dia terkedu.. dan
akan biasa. dia tak akan marah kita.. percayalah……….
Jadi, ada beberapa tips
untuk sis-sis dan bro-bro yang tak tau nak react macamana bila dah bertindak begitu.
Jadi, tips yang saya nak share senang je:
1. Tenangkan diri jangan gelabah sangat sampai
Parkinson.
2. Salam dengan orang yang
paling rapat dulu. Contohnya, salam ibu dulu dan kiss
3. Kemudian, bila sampai pada
ayah tu korang salam macam biasa.
4. Lepas tu, cakap la “abah… nak sayang @ abah… nak
kiss”
5. Lepastu kalau rasa masih
boleh bertahan daripada banjir senyum la lambai. tapi, kalau korang jenis kuat
banjir macam saya.. tros bla la lepastu.. nak tunggu ape lagi.. mesti meraung punya sebab korang akan rasa satu perasaan yang lain time tu…
sedikit perkongsian:
Daripada Abu
Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi
saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
(Riwayat
al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)
Okay, itulah tips yang saya nak kongsi untuk manfaat kita bersama… selamat mencuba….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan