Sabtu, 11 Mei 2019

Bicara Hati Mengubah Jiwa


 tatkala hati ,
  merasakan indahnya kasih sayang antara kita dan dirinya.

  maka jiwa akan meronta, 
  mencari dan terus mencari rasa cinta dan sayang daripadanya.

        
    

                                 rajah 1Tugasan dalam slot kembarun


Assalamualaikum, salam sayang, 
dan salam Ramadhan Al Mubarak semua.

Apa khabar semua rakan-rakan blogger?. Okay, untuk pertama kali saya menghasilkan blog sendiri. Jadi, special la sikit. So, saya nak coretkan tentang satu pengalaman terindah yang pernah saya lalui sejak dari saya lahir sampai sekarang umur 21 tahun ni, ini adalah pengalaman yang terbaik, Kenapa saya kata yang terbaik? Aip, tengokla blog pon blog yang pertama mestilah kita nak tinggalkan kenangan yang terindah. Bak kata orang “cinta pertama tu memang susah dilupakan walaupun banyak cinta lain yang kita jumpa selepas itu.” huhu…

Emm,ok la. Sekarang kita berbalik kepada apa yang saya nak kongsikan. Sebenarnya saya nak kongsikan tentang pengalaman saya mengikuti program yang dianjurkan oleh pensyarah kaunseling saya. Tapi, program ni pelik sikit. kalau korang nak tahu apa yang peliknya.. haaa.. Jom baca sampai habis..hehe… 

Kalau macam saya ingat-ingat balik ni bukan first time saya ikuti program macam ni. ala bagi budak sekolah dan universiti program-program 3 hari 2 malam ini benda biasa, berkemah la, kursus la, bengkel la dan apa-apa lagi la.

Tapi, apa yang saya nak cerita tentang program ini adalah dia macam mengubah sikit mindset kita bila pergi program. Ala, macam tak biasa bila nak pergi kem je. Mesti kena get ready nak focus pada bina jatidiri la, kepimpinan la, disiplin la, apa-apa la lagi. Lepastu, mesti ramai yang rasa ngeri sebab bayangkan macamana nanti kem komander nak jerit marah-marah kita kan. saya rasa semua orang akan fikir macam itu..

Tapikan, program ni. Tak macam itu pun. Ianya macam menimbulkan “insight” atau ”celik akal” tu kata Carl Rogers la.. dia macam timbulkan kesedaran dalam diri kita melalui kelembutan.. saya tak tahu nak describe macamana tapi korang pergi la dan  try join dlu.. baru tahu …ahaa….

Baiklah, apa yang terjadi pada diri saya sendiri. Saya sedar tentang “kepentingan kasih sayang”. Macam pelik kan macamana boleh timbul kasih sayang dalam program 3hari 2 malam. So, teruskan baca. Okay, macamana saya sedar? Okay, saya sedar pentingnya kasih sayang. Kenapa kasih sayang? Sebab saya tengok macamana pensyarah saya sendiri dan fasi-fasi buat slot layan kami. Saya sedar kasih sayang itu penting dalam kehidupan kita. Betullah kata orang “duit tak mejamin segala-galanya, sebab kasih sayang lebih berharga”. Hal ini demikian kerana saya merasakan bahawa selama ini saya sangat rugi, terlalu rugi dan sayalah orang yang paling rugi….  Tapi, kenapa saya rasa rugi? Okay jom, tengok bawah…

Emm… saya rasa rugi.bila saya sedar selama ni macamana saya tunjukkan kasih sayang kepada ahli keluarga saya. Mungkin dengan kawan-kawan macam senang je nak share. Tapi, dengan parent? Siapa hari-hari dia akan kol mak ayah dia? Okay, itu mungkin ramai la yang buatkan. tp, adakah diantara kita  yang pernah duduk face to face  dengan mak ayah kita sambil pengang tangan mereka dan cakap “ mak, adik sayang mak” atau “ayah, adik sayang ayah”.. 

Sorry iklan, ni bukan tidak termasuk raya ya,, yang korang hafal skrip time beratur dari lepas subuh sampai lepas sembahyang raya nak tunggu giliran beraya tu…itu lain.. tak termasuk dalam senarai ni..  hehe ..Okay, yang lagi power. siapa yang pernah salam mak ayah dia , lepastu korang kiss mak ayah korang sampai korang rasa semuanya terlepas, rasa lega…

 Kat sini, saya percaya ramai yang akan buat semua benda itu pada mak kita kan. Tapi, kita sedar tak masa kita buat semua itu pada mak ada mata yang memerhati.. selalunya ayah yang akan memerhati. Kita tahu tak apa yang bermain dalam fikiran dan hati ayah kita? Tak? Pernah tak kita terfikir, yang ayah kita berkata dalam hati “ bilalah adik ni nak cium abah?, abah ni tak pentingka? Adik tak sayang abahka?” kita tak sedar kan yang ayah kita akan terasa… tapi, saya sedar itulah hakikatnya. Kadang-kadang ayah kita Nampak diam, tak ambil hati, mungkin ada yang garang. Tapi percayalah bila kita buat benda tu… dia akan menghargai. Paling teruk pun dia terkedu.. dan akan biasa. dia tak akan marah kita.. percayalah……….

Jadi, ada beberapa tips untuk sis-sis dan bro-bro yang tak tau nak react macamana bila dah bertindak begitu. Jadi, tips yang saya nak share senang je:

1.      Tenangkan diri jangan gelabah sangat sampai Parkinson.
2.      Salam dengan orang yang paling rapat dulu. Contohnya, salam       ibu dulu dan kiss
3.      Kemudian, bila sampai pada ayah tu korang salam macam biasa.
4.      Lepas tu, cakap la “abah… nak sayang @ abah… nak kiss”
5.      Lepastu kalau rasa masih boleh bertahan daripada banjir           senyum  la lambai. tapi, kalau korang jenis kuat banjir macam     saya.. tros bla la lepastu.. nak tunggu ape lagi.. mesti          meraung punya sebab korang akan rasa satu perasaan yang lain      time tu…

   
sedikit perkongsian: 

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."      
(Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)

Okay, itulah tips yang saya nak kongsi untuk manfaat kita bersama… selamat mencuba….






Bicara Hati Mengubah Jiwa

  tatkala hati ,   merasakan indahnya kasih sayang antara kita dan dirinya.   maka jiwa akan meronta,    mencari dan terus mencari...